Jumaat, 1 Julai 2011

                                 StOp AcTiNg,
                "Akulah yang paling hebat!"


   Setiap manusia diciptakan berbeza-beza dan orang yang paling mengenali diri kita ialah diri kita sendiri! Tetapi, orang lain yang berada di sekeliling kita adalah cermin terbaik dapat melihat keadaan diri kita sebenar.
  Apa pun setiap orang punya berjuta alasan untuk berbeza sikap.Namun, setiap orangjuga se4benarnya memiliki banyak alasan untuk saling memahami akan jurang perbezaan tersebut.Tak perlu sombong atau belagak menjadi manusia.Tak kiralah you all nie cantik/handsome,bijak dan cukup popular di sekolah atau dimana saja kerana pada akhirnya suatu saat nanti ,kita semua akan kembali kepadaNya.Jadi sebab itulah, apapun yang you all miliki hari nie, tak lebih daripada sekadar anugerah Tuhan! Bukan kerana kehebatan you all.Jadi, berhentilah perasan menjadi orang serba hebat!
  Bagi saya, sis/boyz yang cantik atau handsome itu dapat dilihat dari hatinya, perilakunya, tutur katanya serta kedewasaannya.Tapi zaman sekarang nie ramai sangat yang bertopengkan wajah menawan,body 'meletup' tapi kelakuan , tutur katanya dan juga hatinya alahai bagai ular berbisa!