Tinggalkan perkara-perkara buruk dan buang segala sifat-sifat negatif yang terbukti merosakkan kehidupan kita selama ini. Selain itu, perkara pertama yang harus kita lakukan ialah mensyukuri apa pun yang kita telah lalui sepanjang tahun 2011 kerana pengalaman tersebut, sama ada semanis gula atau sepahit hempedu menelan rasa, ia adalah guru yang terbaik! Tanpa kesalahan, sama ada dilakukan oleh kita sendiri mahupun orang lain, sukar bagi kita untuk memperbaiki diri, menyedari ada perkara-perkara yang belum selesai ataupun masih menjadi masalah. Daripada situlah,kita dapat mengenali, apa kekurangan yang perlu diperbaiki dan apa sebenarnya kekuatan diri yang kita miliki!
Sebagai manusia yang hidup di bumi Tuhan memang tak lepas daripada dihambat masalah. Baru selesai satu masalah, muncul lagi masalah lain.Suka duka , derita bahagia silih berganti mendatangi hidup kita.Namun kita kena kuat kerana semua itu adalah ujian Tuhan buat kita,kerana hidup di dunia ini hanya sementara.So, cubalah untuk menikmati dan mensyukuri setiap masalah yang you all hadapi itu dengan sebaik-baiknya.Ingat! Seteruk-teruk you all , ada lagi masalah di antara kengkawan you all yang lagi parah.
Lagipun apalah ertinya hidup jika tidak menikmati detik-detik perjalanan hidup itu sendiri.Ada banyak kebahagiaan yang kita miliki dan boleh membuatakan kita rasa bahagia.Kebahagiaan kita itu ada pada penghargaan yang kita berikan terhadap apa yang kita miliki sekarang.Usah menolak atau menunda untuk mengacapi bahagia walaupun ia mungkin untuk seketika cuma.Rugi! So, jangan pernah membuang satu momen pun yang ternyata sudah kita miliki! Hargainya kerana peluang atau kesempatan itu tidak mungkin kita akan peroleh lagi.
Okaylah you all , semoga enjoy membaca catitan ini! edisi akhir tahun nie.Blog ini tetap menampilkan persembahan yang hebat, kan?Jadi jangan ragu-ragu untuk menjadikannya sebagai sahabat kari you all k! Selamat Tahun Baru dan Merry Krismas !!!!