Selasa, 7 September 2010

.......kad raya adobe.....

kad raya yang disiapkan pada pukul 1.40ptg bertarikh 08.09.10.
kad raya ni tercipta kerna terhabis bring dah....
mmg la x seberapa tap bagku puas dapat melepaskan 
rasa bring ni.....

hari RAYA untuk KITA bersuka RIA...........;


selamat hari raya semua!!!!!!!!!!
sesiapa yang drive balik kampung tu hati2 bawak kete...
jangan jadikan nyawa sebagai taruhan untuk sampai cepat ke kampung k..
sayangi nyawa...nyawa manusia hanya ader satu jer..
bukan macam kucing..
yang ader 9 nyawa ( ye ke...tapi ader benar jugak)
apapon..kawal ketidaksabaran anda...
pandu cermat jiwa selamat...
oh ya...bagi yang naik kenderaan awam..
mulakan dengan BISMILLAH..
moga ALLAH s.w.t sentiasa melindungi perjalanan anda...
masa raya ni lah kita nak bedal banyak makanan....
tapi INGAT!!!
kurangkan manis dalam makanan..
tambahkan manis dalam senyuman...

Ahad, 5 September 2010

HaTiKu......


Selamat pagi,hari ini adalah hari yang terindah buat diriku..
Entah mengapa hatiku berdegup dengan amat kencang ketika bertemu dengan mu..
Seperti jantungku ini ingin luruh dan jatuh ke bumi..
Aku sedar siapa diri ini untuk mendampingimu lagi..
Walaupun sesaat,seminit,sehari,sebulan..
Aku mungkin tidak akan dapat mendampingi mu..
Kerana ku tahu kau cuma cinta yang satu..
Usah minta ampun dariku..
Kau sendiri yang memilih cintamu..
Aku bisa cari yang lain..
Mungkin tidak serupa dengan cintamu kepadaku dulu..
Aku tahu hatimu hanya untuk dirinya yang cantik..
Bukan seperti aku yang tidak sempurna di matamu..
Mungkin juga lelaki-lelaki lain berfikiran begitu..
Aku redha dengan apa yang aku miliki..
Kerana ku tahu ini yang terbaik untukku...

SedihnYE puasa dah nak habis.....

sedih rasenyer puasa semakin pergi meninggalkan kte ,
hanya stahun skali je .. bulan ramadan jugak bulan
yg paling baik drpd seribu bul
an tau ..
tak lama lagi dah nak raya ..
selamat datang Aidilfitri aq ucapkan..
pada rakan2 blogger nanti hari pertama raya jgn lupa
sembahyang raya yea ..mesti best kan ??
insya'allah kalau aq panjang umur lagi aq akan post
tentang pengalaman hari pertama raya utk thun 2010 ..

Sabtu, 4 September 2010

LAILATUL_QADAR MALAM TERISTIMEWA


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" 
- (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Sebab2 ALLAH adakan Malam Lailatul Qadr

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain; 

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. 

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

 Dari Aisyah r.a., sesungguhnya Rasulullah saw telah besrsabda:
"Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh
malam terakhir di bulan Ramadhan."
- Sahih Bukhari

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

 Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair. 

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.  

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu
Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi?Wallahu A’lam.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?
Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. 

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:
``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya
ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon
pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hambaMu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' 
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka 
(QS Al-Baqarah [2]: 201).