Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
- (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Sebab2 ALLAH adakan Malam Lailatul Qadr
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.
Dari Aisyah r.a., sesungguhnya Rasulullah saw telah besrsabda:
"Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh
malam terakhir di bulan Ramadhan."
- Sahih Bukhari
Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu
Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi?Wallahu A’lam.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?
Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa.
Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:
``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya
ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon
pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hambaMu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.''

(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).
Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka
(QS Al-Baqarah [2]: 201).