Ahad, 5 September 2010

HaTiKu......


Selamat pagi,hari ini adalah hari yang terindah buat diriku..
Entah mengapa hatiku berdegup dengan amat kencang ketika bertemu dengan mu..
Seperti jantungku ini ingin luruh dan jatuh ke bumi..
Aku sedar siapa diri ini untuk mendampingimu lagi..
Walaupun sesaat,seminit,sehari,sebulan..
Aku mungkin tidak akan dapat mendampingi mu..
Kerana ku tahu kau cuma cinta yang satu..
Usah minta ampun dariku..
Kau sendiri yang memilih cintamu..
Aku bisa cari yang lain..
Mungkin tidak serupa dengan cintamu kepadaku dulu..
Aku tahu hatimu hanya untuk dirinya yang cantik..
Bukan seperti aku yang tidak sempurna di matamu..
Mungkin juga lelaki-lelaki lain berfikiran begitu..
Aku redha dengan apa yang aku miliki..
Kerana ku tahu ini yang terbaik untukku...