Aku tak bagus mana pun. Dan kau pun tak ada la bagus mana juga. Tapi, antara aku dengan kau, aku lagi bagus dari kau. Selain bergantung hidup kepada sisa bantuan orang lain, kau dah tak ada apa nak buat untuk jalani hidup. Kat situ la perbezaan yang ketara antara kau dan aku. Kau parasit.
Ya, aku pentingkan diri. Sebab aku tak nak kau pergunakan aku. Ya, aku jahat. Sebab aku tak mahu kau perbodohkan kebaikan aku. Semua perkara yang aku lakukan ada sebabnya. Melindungi diri aku sendiri. Tiada sesiapa selain aku yang boleh aku percayakan untuk melindungi aku. Jadi, sama ada kau mahu atau tak, deal with it. Aku tak mahu menyusahkan diri aku untuk menyedapkan hati kau semata-mata. Aku bukan kuli kau.
Sekarang ni sama ada kau suka atau tak, aku dah berhenti. Aku dah berhenti jadi segala yang kau harapkan untuk pergunakan aku. Aku ada maruah aku sendiri. Jadi, aku berhak untuk menjaga maruah aku demi diri aku jugak.
Sekian.